THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 7 Julai 2010

Yahudi......

SALAM....
Alhamdulillah diperluaskan Allah ruang dan peluang untuk kita terus bernafas di buminya.... Mungkin apa yang kita nikmati sekarang tidak mencapai tahap kepuasan..... Namun, percayalah sebenarnya ramai yang mengidamkan kehidupan yang sedang kita jalani ini.....
Bagi mengingatkan diri sendiri dan semua, agar tidak melupai saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh-Nya... Palestin semakin menangis.. Itulah yang dihadapi mereka. Genting Gaza semakin menangis dengan ketamakan kaum Yahudi... Jijik bagi saya untuk menyebut Israel sebagai satu negara.
Setiap yang ada di langit dan di bumi ini adalah milik Allah yang Maha Esa dan dipinjamkan sementara oleh-Nya untuk kita. Namun, kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi dengan menafikan hak-hak rakyat Palestin sememangnya tidak mampu dimaafkan. Ingatlah bahawa balasan Allah S.W.T. itu pasti. Baik di dunia mahupun akhirat. Jika baik yang dikerjakan, maka baiklah balasan-Nya. Tetapi jika seperti kejahatan yang Yahudi lakukan dari dahulu sehingga kini, maka fikirlah sendiri apakah bahana yang akan mereka hadapi....
Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada saudara di Palestin dalam keadaan Gaza yang semakin haus, rentetan daripada ketamakan Yahudi yang semakin mengganas merebut tanah rakyat Palestin. Dan, semoga Allah S.W.T lindungi mereka......
~Fiz~

Selasa, 29 Jun 2010

Cuti Rehat

Minggu ni kami warga Quartz telah mendaftarkan diri sepenuhnya sebagai seorang suri rumah.... huhuhuuuuu.....
Setelah penat menelaah dan bergelumang dengan 'assignment'..... Kami akhirnya berjaya sampai ke rumah masing-masing....
Alhamdulillah.... Walaupun kerjasama agak mendukacitakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai 'assignment' kami, namun kami bersyukur hasil daripada kasih sayang dan tunjuk ajar dari Puan Rozmel dan rakan-rakan, Alhamdulillah kami berjaya menyiapkannya.... Mujur juga ada Piala Dunia yang membantu kami bersekang mata untuk menyiapkannya...... Seterusnya, bingkisan di bawah ini kami bekalkan buat yang sudi menjenguk teratak skuad Quartz....


Does Your Blood Type Reveal Your Personality?


Accord ing to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?


TYPE O
You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A
You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B
You're a rugged individualist, who's str aightforwa rd and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
TYPE AB
Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.
~Nurhafizah Azwa~

Ahad, 27 Jun 2010

..Lelaki yang bergelar suami..

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.



Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu macam beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

-
maizura maizan-=)

Jumaat, 25 Jun 2010

Kadet RELA di sekolah menengah tahun depan

Sumber : Berita Harian 26/6/2010
Berita Nasional

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan kadet Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di sekolah menengah seluruh negara mulai September depan dalam usaha melebarkan lagi peranan agensi itu. Ketua Pengarah RELA, Datuk Zaidon Asmuni, berkata Kementerian Pelajaran sudah pun memberikan persetujuan terhadap penubuhan kadet RELA dan perbincangan mengenai silibus dan latihannya sedang dilakukan.

“Sudah tiba masanya RELA menubuhkan kadet di sekolah supaya peranannya dapat dihayati generasi muda sama dengan pasukan beruniform lain seperti kadet bomba dan polis. Bagaimanapun penubuhannya dilakukan secara berperingkat mulai September depan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam


Beliau berkata, penubuhan kadet itu juga akan dapat memantapkan lagi usaha menarik lebih ramai generasi muda menyertai agensi berkenaan dan ia pendekatan sesuai serta relevan untuk menarik minat remaja sekali gus membantu mencapai matlamat menambah keahlian RELA. RELA kini sudah mempunyai 1.2 juta anggota dan fungsinya semakin diperluaskan, termasuk diserap menganggotai skim Polis Sukarela (PVR) untuk melakukan rondaan di kawasan panas dengan turut memakai seragam polis di empat negeri. Mengenai aspek pemantauan barang kawalan iaitu petrol dan gula di sempadan, Zaidon berkata, pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. “Kita sudah bersedia untuk menggerakkan anggota kita pada bila-bila masa, hanya menunggu lampu hijau daripada kementerian untuk bersama memantau barang kawalan ini di sempadan,” katanya

Akhirnya......

akhirnya dah habis exam...semalam pun dah hantar tugasan berkumpulan yang bertajuk 'Cinta Siber antara realiti atau fantasi'. Tugasan telah dihantar di tempat biasa iaitu didalam kotak depan bilik Puan Rozmel. Pagi ni dah nak balik..cuba rehatkan diri untuk beberapa hari sebelum memulakan semester hadapan.

Nur Khairunisa Zahidi

Rabu, 23 Jun 2010

Surat khabar metro : Drebar teksi dicabul

23 Jun 2010

Sumber : Surat Khabar metro online

Oleh Hadzlihady Hassan

AMPANG: Geram dengan tindakan penumpang mencabulnya, seorang pemandu teksi wanita mendapat idea bijak apabila memandu kenderaan pengangkutan awam itu terus ke balai polis berhampiran sebelum membuat laporan berhubung jenayah seksual dilakukan terhadapnya.

Akibatnya, penumpang teksi terbabit berusia 56 tahun ditahan sejurus laporan dibuat wanita berusia 51 tahun itu.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku Khamis lalu selepas mangsa menerima panggilan daripada seorang rakan wanita berusia 70-an di Taman Muda di sini, yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke pasar.

“Bagaimanapun, sejurus mangsa tiba di rumah itu, rakannya tiba-tiba menukar rancangan kerana keletihan lalu meminta anak lelakinya ke pasar dengan menaiki teksi berkenaan.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa anak lelaki rakannya itu menaiki teksi untuk ke pasar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan, lelaki terbabit yang berada di tempat duduk hadapan tiba-tiba membuka butang baju mangsa sebelum meramas buah dadanya.

“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang memandu dan hanya menegur serta memarahi lelaki terbabit kerana bersikap biadab terhadapnya.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan tanpa perasaan bersalah hanya tersenyum memandang mangsa membuatkan wanita terbabit menjadi bertambah berang,” katanya.

Sumber itu berkata, walaupun marah, pemandu teksi berkenaan masih mampu bersabar dan mendapat idea untuk mengajar anak rakannya yang kurang ajar itu dengan memandu kenderaan itu ke balai polis.

“Sejurus tiba di balai, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian di dalam teksi sebelum itu.

“Lelaki terbabit kemudian ditahan,” katanya.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan sudah enam tahun memandu teksi dan mengenali ibu lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.


Selasa, 22 Jun 2010

Kurang 24 jam dari sekarang....

Hari ini bermula detik bersejarah dalam hidup saya sebab saya akan menghadapi peperiksaan akhir kali ketiga..sesungguhnya saya mmerlukan lebih masa untuk memantapkan diri..tetapi masa tidak mengizinkan walauapapun saya akan cuba untuk menjawab soalan sehabis baik...hari ini hujan menunjukkan bahawa hari yang tenang...sejuk mula menyelubungi diri sementara rakan yang lain masih lagi di katil..Mak dah pesan jangan cepat putus asa...saya cuba yang terbaik..terima kasih mak...

Nur Khairunisa Zahidi