THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 25 Jun 2010

Kadet RELA di sekolah menengah tahun depan

Sumber : Berita Harian 26/6/2010
Berita Nasional

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan kadet Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di sekolah menengah seluruh negara mulai September depan dalam usaha melebarkan lagi peranan agensi itu. Ketua Pengarah RELA, Datuk Zaidon Asmuni, berkata Kementerian Pelajaran sudah pun memberikan persetujuan terhadap penubuhan kadet RELA dan perbincangan mengenai silibus dan latihannya sedang dilakukan.

“Sudah tiba masanya RELA menubuhkan kadet di sekolah supaya peranannya dapat dihayati generasi muda sama dengan pasukan beruniform lain seperti kadet bomba dan polis. Bagaimanapun penubuhannya dilakukan secara berperingkat mulai September depan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam


Beliau berkata, penubuhan kadet itu juga akan dapat memantapkan lagi usaha menarik lebih ramai generasi muda menyertai agensi berkenaan dan ia pendekatan sesuai serta relevan untuk menarik minat remaja sekali gus membantu mencapai matlamat menambah keahlian RELA. RELA kini sudah mempunyai 1.2 juta anggota dan fungsinya semakin diperluaskan, termasuk diserap menganggotai skim Polis Sukarela (PVR) untuk melakukan rondaan di kawasan panas dengan turut memakai seragam polis di empat negeri. Mengenai aspek pemantauan barang kawalan iaitu petrol dan gula di sempadan, Zaidon berkata, pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. “Kita sudah bersedia untuk menggerakkan anggota kita pada bila-bila masa, hanya menunggu lampu hijau daripada kementerian untuk bersama memantau barang kawalan ini di sempadan,” katanya

0 ulasan: