Hari ini paling bersejarah dalam hidup skuad quartz..sementara dua ahli mencari dua rujukan di jurnal simpan...nisa dan syikin telah teperangkap dalam kegelapan di perpusatakaan..amat menyeramkan..sebab tinggal berdua jer kat situ..nasib baik ada 2 orang kerani datang melihat keadaan disitu.. tidak sempat membuat fotokopi...hurm...penat sungguh hari ini..ingatkan beg hilang rupanya tersadai dekat sebelah meja...nasib baik selamat...kami akan mengubah gaya blog...blog kami dalam proses meletak lagu dan juga mengubah latar belakang...harap semua bersabar.. rangka kerja akan dimasukkan esok oleh kerana wifi lemah...
Isnin, 31 Mei 2010
Khamis, 27 Mei 2010
..KiLauAN QuARtZ..=)
Skuad Quartz..!!
QUARTZ~batu yg sgt berkilau..
jadi,,skuad QUARTZ akan cuba untuk menjadi antara kumpulan yang menyelah..
jangan terasa ya kumpulan yang lain..
bukan untuk membanggga diri..
tetapi~tidak salah jika kita sentiasa memasang matlamat..
semoga matlamat tersebut dapat direalisasikan..!!
Cinta Cyber..!!
topik yang menarik..
terutama bagi remaja yang sedang dilamun cinta..
fitrah manusia~ingin mencintai dan dicintai..
CINTA itu tidak salah..
sebaliknya,,kita tidak boleh menyalahgunakan CINTA..
fitrah alam jangan dipertikaikan..~
sebaiknya,,manfaatkan CINTA dengan sempurna..!!
..Skuad Quartz~Maizura Maizan..!!!=)
Dicatat oleh QuarTz di 1:32 PTG 0 ulasan
Label: ..sentiasa berkilau..
Selasa, 25 Mei 2010
'Update'...........
25 Mei 2010..... Team Quartz yang dianggotai 4 gadis hebat berkumpul semula dalam mencapai kata putus untuk penambahbaikan blog.......
Ermmmm..... sehati sejiwa....... Buat masa sekarang, itulah yang dapat digambarkan mengenai Team Quartz..... huhuuhuhuhuuuu.....
Lagu tema telah dipilih...... Namun, masih di peringkat perbincangan...... Pastinya, kami mahukan yang terbaik......
Semalam, penghuluwati kumpulan, Nisa telah menunjukkan kreativitinya dalam menghasilkan pantun..... Good job Nisa!!!!! Hari ini, saya fiz, sengaja mencoret sedikit sebanyak rutin kami.....
Alhamdulillah, minggu ini, semua ahli Quartz hadir untuk kesemua kelas......huhuhuhuhuhu.... Memang berkobar-kobar untuk datang ke kelas Puan Rozmel..... :-)...
Isnin, 24 Mei 2010
Tanggal 24 Mei 2010..kesemua ahli kumpulan dapat berinteraksi dan saling berkongsi pendapat.. Gelak ketawa masing-masing masih terngiang-ngiang di telinga..ada yang mengatakan tiada ide tetapi yang tiada ide itulah yang memberi sumbangan yag bernas..harap kita dapat berkerjasama dan memantapkan lagi hasil penulisan masing-masing...maaf kepada fiz dan mai kerna tidak dapat makan tengah hari bersama..mugkin di lain masa kita bertemu...tanpa fiz,mai dan syikin siapalah Grey Quartz...majulah Grey Quartz dalam bidang penulisan !!!
Cinta siber antara realiti atau fantasi.
Naik basikal ke Sg.Wang,
Hendak membeli sebuah kipas,
Percintaan bermula di laman sesawang,
Cinta menjadi atau terlepas.
Gembira sang burung hinggap dititi,
Puas terbang hingga ke bendang,
Cinta siber tidak mengenal erti,
Padah menanti bahaya mengundang.
Awan berarak fajar menanti,
Hinggap sang burung di tepi kolah,
Cinta siber cinta sejati,
Pandai memilih tiadalah salah.
Cinta siber ? Apakah itu cinta siber ? Cinta itu misteri dan tidak dapat digambarkan keadaannya hanya perasaan yang berkata-kata, ada yang mengatakan cinta itu indah dan ada yang berkata cinta itu sengsara.Cinta itu terletak pada individu itu sendiri.Cinta itu 'universal' dan tidak mengenal erti putaran dunia.Cinta kepada Allah adalah mulia,Cinta kepada ibu bapa adalah kebahagiaan dan cinta kepada manusia adalah unik. Walaubagaimanapun, cinta siber lebih kepada cinta antara adam dan hawa dan cinta itu berputik bukan dari hasil bertentang mata tetapi dari nur jiwa alam maya.Cinta ditakrifkan pelbagai bagi semua pihak. Cinta dialam maya juga masih menjadi hingga ke hari ini seperti "cendawan tumbuh selepas hujan". Mengapa perkara ini masih terjadi ? Mengapa manusia masih lagi percaya akan cinta siber walhal ramai yang tahu cinta siber itu membawa padah. Bercinta tidak salah tetapi mengapa alam maya yang menjadi titik permulaan jodoh. Adakah cinta siber selalu berakhir dengan kekecewaan atau berakhir ke jinjang pelamin? Disini, kami akan mengupas persoalan ini.
Tajuk ini dipilih kerana masih diperdebatkan hingga sekarang walaupun zaman telah berubah. Selain dari itu, tajuk ini menarik terutama remaja dab juga menarik minat pembaca dengan tidak mengira usia. Alam maya adalah tempat yang menjadi keutamaan pengguna laman web sosial untuk meluahkan perasaan.
Antara persoalan yang timbul dalam tajuk ini adalah pertama, faktor-faktor yang mendorong ke arah cinta siber, kedua, kesan positif dan negatif cinta dan yang terakhir sekali langkah-langkah untuk mengatasi penipuan cinta siber.