Naik basikal ke Sg.Wang,
Hendak membeli sebuah kipas,
Percintaan bermula di laman sesawang,
Cinta menjadi atau terlepas.
Gembira sang burung hinggap dititi,
Puas terbang hingga ke bendang,
Cinta siber tidak mengenal erti,
Padah menanti bahaya mengundang.
Awan berarak fajar menanti,
Hinggap sang burung di tepi kolah,
Cinta siber cinta sejati,
Pandai memilih tiadalah salah.
Cinta siber ? Apakah itu cinta siber ? Cinta itu misteri dan tidak dapat digambarkan keadaannya hanya perasaan yang berkata-kata, ada yang mengatakan cinta itu indah dan ada yang berkata cinta itu sengsara.Cinta itu terletak pada individu itu sendiri.Cinta itu 'universal' dan tidak mengenal erti putaran dunia.Cinta kepada Allah adalah mulia,Cinta kepada ibu bapa adalah kebahagiaan dan cinta kepada manusia adalah unik. Walaubagaimanapun, cinta siber lebih kepada cinta antara adam dan hawa dan cinta itu berputik bukan dari hasil bertentang mata tetapi dari nur jiwa alam maya.Cinta ditakrifkan pelbagai bagi semua pihak. Cinta dialam maya juga masih menjadi hingga ke hari ini seperti "cendawan tumbuh selepas hujan". Mengapa perkara ini masih terjadi ? Mengapa manusia masih lagi percaya akan cinta siber walhal ramai yang tahu cinta siber itu membawa padah. Bercinta tidak salah tetapi mengapa alam maya yang menjadi titik permulaan jodoh. Adakah cinta siber selalu berakhir dengan kekecewaan atau berakhir ke jinjang pelamin? Disini, kami akan mengupas persoalan ini.
Tajuk ini dipilih kerana masih diperdebatkan hingga sekarang walaupun zaman telah berubah. Selain dari itu, tajuk ini menarik terutama remaja dab juga menarik minat pembaca dengan tidak mengira usia. Alam maya adalah tempat yang menjadi keutamaan pengguna laman web sosial untuk meluahkan perasaan.
Antara persoalan yang timbul dalam tajuk ini adalah pertama, faktor-faktor yang mendorong ke arah cinta siber, kedua, kesan positif dan negatif cinta dan yang terakhir sekali langkah-langkah untuk mengatasi penipuan cinta siber.
berhabuh sudah!
13 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan