Minggu ni kami warga Quartz telah mendaftarkan diri sepenuhnya sebagai seorang suri rumah.... huhuhuuuuu.....
Setelah penat menelaah dan bergelumang dengan 'assignment'..... Kami akhirnya berjaya sampai ke rumah masing-masing....
Alhamdulillah.... Walaupun kerjasama agak mendukacitakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai 'assignment' kami, namun kami bersyukur hasil daripada kasih sayang dan tunjuk ajar dari Puan Rozmel dan rakan-rakan, Alhamdulillah kami berjaya menyiapkannya.... Mujur juga ada Piala Dunia yang membantu kami bersekang mata untuk menyiapkannya...... Seterusnya, bingkisan di bawah ini kami bekalkan buat yang sudi menjenguk teratak skuad Quartz....
Does Your Blood Type Reveal Your Personality?
Accord ing to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?
TYPE O
You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.
TYPE A
You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.
TYPE B
You're a rugged individualist, who's str aightforwa rd and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.
TYPE AB
Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.
~Nurhafizah Azwa~
Selasa, 29 Jun 2010
Cuti Rehat
Ahad, 27 Jun 2010
..Lelaki yang bergelar suami..
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.
Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.
Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waa
"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan.. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu macam beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
-maizura maizan-=)
Dicatat oleh QuarTz di 11:05 PTG 0 ulasan
Label: ..naluri wanita..
Jumaat, 25 Jun 2010
Kadet RELA di sekolah menengah tahun depan
Sumber : Berita Harian 26/6/2010
Berita Nasional
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan kadet Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di sekolah menengah seluruh negara mulai September depan dalam usaha melebarkan lagi peranan agensi itu. Ketua Pengarah RELA, Datuk Zaidon Asmuni, berkata Kementerian Pelajaran sudah pun memberikan persetujuan terhadap penubuhan kadet RELA dan perbincangan mengenai silibus dan latihannya sedang dilakukan.
“Sudah tiba masanya RELA menubuhkan kadet di sekolah supaya peranannya dapat dihayati generasi muda sama dengan pasukan beruniform lain seperti kadet bomba dan polis. Bagaimanapun penubuhannya dilakukan secara berperingkat mulai September depan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam
Beliau berkata, penubuhan kadet itu juga akan dapat memantapkan lagi usaha menarik lebih ramai generasi muda menyertai agensi berkenaan dan ia pendekatan sesuai serta relevan untuk menarik minat remaja sekali gus membantu mencapai matlamat menambah keahlian RELA. RELA kini sudah mempunyai 1.2 juta anggota dan fungsinya semakin diperluaskan, termasuk diserap menganggotai skim Polis Sukarela (PVR) untuk melakukan rondaan di kawasan panas dengan turut memakai seragam polis di empat negeri. Mengenai aspek pemantauan barang kawalan iaitu petrol dan gula di sempadan, Zaidon berkata, pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. “Kita sudah bersedia untuk menggerakkan anggota kita pada bila-bila masa, hanya menunggu lampu hijau daripada kementerian untuk bersama memantau barang kawalan ini di sempadan,” katanya
Akhirnya......
akhirnya dah habis exam...semalam pun dah hantar tugasan berkumpulan yang bertajuk 'Cinta Siber antara realiti atau fantasi'. Tugasan telah dihantar di tempat biasa iaitu didalam kotak depan bilik Puan Rozmel. Pagi ni dah nak balik..cuba rehatkan diri untuk beberapa hari sebelum memulakan semester hadapan.
Nur Khairunisa Zahidi
Rabu, 23 Jun 2010
Surat khabar metro : Drebar teksi dicabul
23 Jun 2010
Sumber : Surat Khabar metro online
Oleh Hadzlihady Hassan
AMPANG: Geram dengan tindakan penumpang mencabulnya, seorang pemandu teksi wanita mendapat idea bijak apabila memandu kenderaan pengangkutan awam itu terus ke balai polis berhampiran sebelum membuat laporan berhubung jenayah seksual dilakukan terhadapnya.
Akibatnya, penumpang teksi terbabit berusia 56 tahun ditahan sejurus laporan dibuat wanita berusia 51 tahun itu.Menurut sumber polis, kejadian berlaku Khamis lalu selepas mangsa menerima panggilan daripada seorang rakan wanita berusia 70-an di Taman Muda di sini, yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke pasar.
“Bagaimanapun, sejurus mangsa tiba di rumah itu, rakannya tiba-tiba menukar rancangan kerana keletihan lalu meminta anak lelakinya ke pasar dengan menaiki teksi berkenaan.
“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa anak lelaki rakannya itu menaiki teksi untuk ke pasar,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan, lelaki terbabit yang berada di tempat duduk hadapan tiba-tiba membuka butang baju mangsa sebelum meramas buah dadanya.
“Mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana sedang memandu dan hanya menegur serta memarahi lelaki terbabit kerana bersikap biadab terhadapnya.
“Bagaimanapun, lelaki berkenaan tanpa perasaan bersalah hanya tersenyum memandang mangsa membuatkan wanita terbabit menjadi bertambah berang,” katanya.
Sumber itu berkata, walaupun marah, pemandu teksi berkenaan masih mampu bersabar dan mendapat idea untuk mengajar anak rakannya yang kurang ajar itu dengan memandu kenderaan itu ke balai polis.
“Sejurus tiba di balai, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian di dalam teksi sebelum itu.
“Lelaki terbabit kemudian ditahan,” katanya.
Menurut sumber itu, wanita berkenaan sudah enam tahun memandu teksi dan mengenali ibu lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.
“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dicatat oleh QuarTz di 5:52 PG 0 ulasan
Label: Nur Khairunisa Zahidi
Selasa, 22 Jun 2010
Kurang 24 jam dari sekarang....
Hari ini bermula detik bersejarah dalam hidup saya sebab saya akan menghadapi peperiksaan akhir kali ketiga..sesungguhnya saya mmerlukan lebih masa untuk memantapkan diri..tetapi masa tidak mengizinkan walauapapun saya akan cuba untuk menjawab soalan sehabis baik...hari ini hujan menunjukkan bahawa hari yang tenang...sejuk mula menyelubungi diri sementara rakan yang lain masih lagi di katil..Mak dah pesan jangan cepat putus asa...saya cuba yang terbaik..terima kasih mak...
Nur Khairunisa Zahidi
Ahad, 20 Jun 2010
Selamat hari bapa....
Sejak kita mula berada dalam kandungan ibu....selepas kita dilahirkan...selepas itu kita semakin membesar...adakah anda ingat kali terakhir anda kata "saya sayang abah"??...dari mula kita dikandungkan...abah sentiasa menjadi peneman kita...abah bagaikan rakan kepada kita semasa kita ada masalah dan juga semasa kita gembira...keluarga adalah sesuatu yang sangat berharga...hargailah ibu bapa anda semasa mereka masih hidup...
Selamat Hari Bapa kepada ayah saya Zahidi bin Said dan semua bapa-bapa di Malaysia..
Jasamu dikenang hingga akhir hayatku... =)
Nur Khairunisa Zahidi
Sabtu, 19 Jun 2010
Berita:Ibu mengandung digalakkan kurang menonton televisyen
Metro Online 19 Jun 2010
CHENNAI: Wanita mengandung yang sering menonton siri triler di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.
"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.
"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr S Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.
Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.
Ibu-ibu itu dipantau ketika mereka sedang mengandung, manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.
Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur.-Bernama
Berita diambil oleh Nur Khairunisa Zahidi
Hanya kerana tudung aku ditampar...
sedih nyer.....
Sadis betul...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa
amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain
lain.
Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok
aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggggggg...
lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang
nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH
PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas
agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA
sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang
tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
Nur Khairunisa Zahidi
Khamis, 17 Jun 2010
Pengembaraan skuad Quartz
Semalam kami sempat pergi ke Metro Kajang selepas kami jumpa Puan Rozmel untuk tugasan persendirian..Nak beli barang dan nak makan..saja nak bertukar selera.. makan nasi claypot...siap ada sale lagi kat aras bawah metro kajang..barangan berjenama macam tshirt dan juga seluar..ingat nak tengok wayang tapi sume tiket yang malam je..apa pun tok semua Skuad Quartz...best dapat jalan sama-sama..harap kita dapat keluar sama-sama lagi...hehe
Nur Khairunisa Zahidi
..asignment,asignment, dan asignment..!!
Minggu ini agak sibuk berbanding minggu-minggu sebelum ini..kumpulan kami baru sahaja selesai membuat pembantangan IT mengenai tajuk kami~Cinta Siber..Alhamdulillah,,segalanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan kerana pada pertengahan pembentangan,, 'slides' kami tidak dapat mengesan jenis tulisan..namun,,kami terpaksa juga meneruskan pembentangan walaupun sedikit terkilan dengan hal tersebut..setelah selesai pembentangan,,hati yang resah gelisah kini telah pun reda..=)
Hari ini~Khamis..kumpulan kami akan mengadakan perjumpaan dengan Pn.Rozmel berkenaan dengan tugasan persendirian pada jam 2.30 petang..diharapkan segalanya berjalan dengan lancar..
Kumpulan kami juga dalam proses penyuntingan tugasan IT bagi kumpulan Rahsia di Sebalik Uncang Emas..Insyaallh,,esok kami akan menyerahkan kembali kepada kumpulan tersebut.
Saat ini,,kami berempat sedang berkumpul untuk membincangkan mengenai tugasan berkumpulan..segala idea sedang ligat berputar dan mengutarakan pendapat..
Minggu hadapan~minggu terakhir bergelar pelajar semester 3..peperiksaan akhir semester akan diadakan pada hari Rabu~23 Jun 2010 bertempat di Dewan Tun Abdullah Muhd Salleh..diharapkan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..=)
-maizura maizan-
Rabu, 16 Jun 2010
20 telur berdiri.....
Khamis : 17 Ju 2010
Metro Online
KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.
Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.
Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.
Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.
Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.
Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.
Slaid pembentangan....
Kepada rakan-rakan yang ingin melihat slaid pembentangan kami yang menggunakan perisian power point, anada boleh muat turun (download) di laman yang tertera dibawah atau anda boleh melihat slaid pembentangan kami di Scribd..dibawah sudah tertera laman webnya..
http://www.scribd.com/doc/33154505/Skuad-Quartz
http://www.2shared.com/document/RW-Z4zpE/skuad_quartz.html
http://www.4shared.com/file/PoQ0969Q/skuad_quartz.html
Wakil kumpulan : Nur Khairunisa Zahidi
Selasa, 15 Jun 2010
Hari ni...saya rasa kecewa sekali apabila melihat akaun e warga saya...ada ke patut jumlah yuran Rm 565.oo....pening mcm mana nak cari duit..tak nak susahkan mak abah... duduk dekat sini buat shortsem tak samapi 3 bulan tapi kena bayar rM 385.00, sedangkan duduk dekat kolej masa semester biasa 6 bulan...macam tak logik je...pelik tapi benar..hmmm...tapi hari ni dah lega sebab dah habis presentation..rasa cam suara terkuat...hehe.. =)
Nur Khairunisa binti Zahidi
Isnin, 14 Jun 2010
Berita Terkini !!!!
17 tertimbus, 6 hilang tanah gunung runtuh di China
BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 terbunuh manakala enam lagi masih hilang apabila sebahagian tanah binaan di kaki gunung runtuh di barat daya Cina, awal hari ini.Tanah runtuh yang besar itu berlaku di Wilayah Sichuan di Daerah Kangding county dan kerja menyelamat kini sedang dilancarkan, kata jurucakap kerajaan wilayah dalam satu kenyataan.
Dipetik daripada Surat Khabar Berita Harian online pada 15 Jun 2010
Nurul Asyikin nama diberi...berasal dari pekan pahang...pelajar tahun satu yang mengambil jurusan Sains fizik..ambil kursus kemahiran menulis dan juga persekitaran dan kesihatan untuk semester tiga ini..cerita hindustan, korea dan taiwan menjadi pilihan..saya akan bercerita dengan panjang lagi selepas ini...ketandusan idea...
Cerpen : Gerimis Cinta...
Pada petang yang tenang, seorang wanita sedang asyik melihat anaknya bermain sambil menunggu suaminya pulang..masa makin berlalu namun bayang suaminya tetap tidak kelihatan..dalam fikiran wanita itu mungkin saja suaminya banyak kerja..tanpa berlengah si isteri melihat televisyen dan akhirnya terlelap di sofa...suaminya yang baru pulang melihat sahaja isterinya..dengan keadaan yang letih si suami pergi kearah isterinya dan dia tatap wajah itu dalam-dalam...tiba-tiba isteri terkejut dengan satu tubuh sasa melihatnya..
Cepat isterinya bangun dan bertanya pada pada suaminya..."kenapa abang balik lambat?' sambil meluru kearah dapur untuk membuat air untuk suaminya...si suami memanggil isterinya.."tak usah buatkan air, abang dah minum dekat luar tadi..abang ada hal sikit nak cakap.."...si isteri tadi mengambil tempat duduk dihadapannya dan dia pandang tepat pada mata suaminya..."apa dia bang..apa kata abang berehat dulu..mesti letih.."...si suami tadi berkata "abang ada benda penting nak cakap"...
Si isteri tadi menunduk seperti tahu apa yang akan suaminya katakan..si suami tadi menyambung kata-katanya "awak tahu kan saya dah ada orang lain yang boleh bahagiakan saya?..saya tak nak nanti anak kita hidup dalam penipuan ini..sampai bila awak nak kita teruskan hubungan ni?" sambil menghembuskan dengusan kecil.. si isteri hanya menunduk dan berkata " abangg tunggu la sekejap lagi ye...tunggu la sampai anak kita habis peperiksaan SPM dia..saya tak nak dia tahu yang kita akan bercerai..."...suaminya menjawab " awak nak tunggu sampai bila? masuk kali ni da 3 kali saya minta dengan awak...cepat sikit saya dah tak sanggup lagi biarkan kekasih saya tu lari pergi dekat orang lain."...isterinya menjawab " baiklah bang..kalau itu yang abang nak tapi dengan dua syarat..pertama kita bercerai selepas anak kita habis peperiksaan...kedua saya minta abang belikan saya bunga ros dan cium dahi saya sebelum abang pergi kerja"...si suami tadi setuju dengan kedua-dua syarat tersebut...
Keesokan harinya si suami tadi buat perkara yang telah disyaratkan..anak mereka menguntum senyuman apabila melihat ibu bapanya berpelakuan seperti itu...setiap hari suami tadi merasakan sesuatu pada isterinya...sesuatu yang tidak dapat digambarkan...sesuatu yang asyik dan aneh...suaminya mula berjauhan dengan kekasihnya..tiba-tiba kekasih suaminya datang ke pejabat dan bertanya kepada suami itu " you nak kahwin dengan I ke tak nak...I tak kira I nak you ceraikan dia sekarang jugak..I dah cakap dengan parent I yang you nak hantar rombongan merisik minggu depan"..suami tadi pon mula menunduk dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk melontarkan suaranya terhadap wanita yang berada dihadapannya " I sayangkan isteri I sangat-sangat...dialah satunya wanita yang berada dalam hati I...I harap you tak cari I lagi lepas ni...maafkan I..."kekasihnya tadi tidak mampu menerima penyataan tersebut lalu memegang tangan lelaki tersebut sambil berkata " sayang, jangan buat I macam ni ok..I sayang dekat you sorang je..kalo you tak nak ceraikan dia tak pe I sanggup bermadu dengan dia"...Lelaki terus menolak tangan wanita itu.." you tak faham..I dah tak nak you lagi..tolong faham..I cuma cintakan isteri dan anak I..maafkan I...jangan cari I lagi"..
Si suami tadi terus melangkah keluar dari pejabatnya dan berlari turun dan mencari keretanya...dia ingin cepat sampai kerumahnya dan ingin memeluk tubuh isterinya sekuat yang mungkin...sebelum itu dia sudah membeli bunga ros seperti biasa..sampai sahaja dirumahnya dia melangkah secepat mungkin untuk mencari isterinya..die lihat isterinya baring di katil..dengan senyuman yang makin melebar dia menghampiri isterinya sambil memegang bunga ros..ingin saja dia rangkul isterinya dalam dakapannya tetapi malang tidak berbau..
Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya dalam keadaan pucat dan juga tidak bernafas dan dia terlihat tangan isterinya mengenggam botol ubat yang tertera ubat kanser paru-paru...ternyata dia hanya mampu menangisi ketiadaan isterinya...tidak pernah dalam hidupnya dia merasa kesal sebegini..harusnya dia menjaga amanat yang diberikan..kekecewaan tiada makna lagi..oleh itu, kita seharusnya menghargai apa yang kita ada dan seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT..
Cerpen ini adalah rekaan semata-mata,tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah tiada...
Cerpen ini direka oleh Nur Khairunisa Zahidi
Rahsia Di Sebalik Mimpi.....
Tafsir Mimpi Mengikut Islam
* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=9335.0
Muhasabah Cinta
Muhasabah Cinta
Album : Munsyid : EdCoustic
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Back to Reff.
-Nurhafizah Azwa-
Yang Terindah
Tajuk Lagu : Yang Terindah
Oleh : Dakmie
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
-Nurhafizah Azwa-
Ahad, 13 Jun 2010
Esok nak present!!
Kami dari skuad Quartz amat takut sekarang kerana mempunyai masa kurang dari 24 jam..dan masih lagi berkumpul untuk menyiapkaan tugasan kami...huh...jiwa bergetar-getar disebabkan esok nak present...diharapkan semua rakan-rakan sekuliah dapat meberi kami ruang untuk mencuri pendengaran anda dan juga mata anda...pinjam sekejap eh...hehe... =) Nisa
Dicatat oleh QuarTz di 11:58 PTG 0 ulasan
Label: alahai sok nk ppresent
LAGU BARU..... LAHIRKAN SUASANA BARU...
SALAM....
Lagu yang dimainkan di blog ini merupakan lagu yang dipersetujui oleh seluruh ahli skuad Quartz...
Lagu Muhasabah Cinta dan Yang Terindah....
Mungkin bagi sesetengah individu, lagu-lagu yang dipilih agak 'jiwang' tapi bagi kami lagu ni ada keistimewaan tersendiri..... Kami memandang sisi lain bagi setiap lagu....
Muhasabah Cinta:
Lagu ini dipilih berdasarkan tajuk yang kami pilih iaitu cinta siber..... lagu ini juga dipilih untuk menyedarkan semua termasuk diri kami berempat tentang cinta utama kami iaitu pada-Nya.....
Yang Terindah:
Lagu ini dipilih juga berdasarkan tajuk kertas kerja.... Yang Terindah.... Lagu ini sebenarnya membawa maksud yang lebih mendalam terhadap ketiga-tiga ahli skuad yang lain iaitu shikin,nisa dan mai....( ngaaaa~~~~ ampun korang!!!!).... Jadi untuk komen yang lebih, bolehlah bertanyakan kepada tiga gadis manis itu ye.....
-Nurhafizah Azwa-
Sabtu, 12 Jun 2010
..OnLinE LovE PoEm..
by red_sierra
http://profiles.lovingyou.com/library/poemview.php?pid=7776
Thought i knew love
Thought i knew joy
But nothing can compare
to the bliss that we share
I melt in your sweet kisses
Lose myself in your burning touch
Forget my name when i look into your deep brown eyes
I never knew i could love this much
Oh how fate can sometime be so cruel
I wake up alone and feeling like a fool
For your love is no more than words
Typed and appear on my laptop screen
Whether it's fake or if it's real
One thing for sure, it is love that i feel
So here I am on bended knee
Praying to God that He'll give you to me
Our Love
by White Tiger Luv
http://profiles.lovingyou.com/library/poemview.php?pid=9440
Our love is special
Our love is unique
We have that magical
connection and link
We met in the Universe
late one night
A magical journey
two lovers in flight
We knew it was different
right from the start
A love so strong
the beating of hearts
The wanting.. the needing
of passion and lust
We knew in our hearts
we would become "US"
We searched for each other
all our lives it is true
The search is now over
because I have you
Our love is true...
Khamis, 10 Jun 2010
ThE SqUaD
Rabu, 9 Jun 2010
..revolusi zura..
Cahaya Rahsia..
sinonim dgn empunya nama..
agak sensitif dan penuh rahsia..
yang sukar untuk dirungkai dan ditafsirkan..
tapi~
bisa didefinisikan mengikut cara tersendiri..
masih mendalami ilmu seluas lautan..
dalam bidang sains sekitaran..
major dalam biologi..
pencinta alam sekitar..
yang bakal memacu negara..
yang bakal menggegar dunia..
satu hari yang pasti menjadi realiti..
walau perlu menempuh onak duri..
namun semangat tidak mungkin luntur..
demi memelihara bumi yang kian tenat..
insyaAllah,,agar harapan menjadi nyata..!!
p/s-dalam proses menyiapkan tugasan yang diamanahkan..
-Normaizura Maizan-
Dicatat oleh QuarTz di 11:18 PG 0 ulasan
Label: ..dalam proses..
Sabtu, 5 Jun 2010
Masih dalam pencarian
SALAM....
Skuad Quartz masih dalam perjalanan dalam mencari makluumat-maklumat berguna untuk gerak kerja kami. Alhamdulillah sedikit sebanyak kami dapat menambahkan lagi maklumat yang kami perolehi....
huhuhuuhu.... Walaupun terpisah antara jarak antara ahli skuad Quartz, tapi kami tetap bersatu hati dalam melaksanakan tugas... Harapnya, kerjasama antara kami berkekalan hingga akhir hayat.....
Akhir kata, saya Nurhafizah Azwa, berharap kejayaan untuk skuad Quartz.....
Rabu, 2 Jun 2010
I'm just a simple person.......
SALAM....
Memperkenalkan diri merupakan antara perkara yang paling saya tak suka... Sebabnya? Sebab saya sendiri tak kenal diri saya..... Huhuuhuhhuhuhu.... Menjadi anak bongsu dalam keluarga merupakan salah satu daripada sebab kenapa saya lebih suka 'menyorok' untuk memperkenalkan diri.... Sebab, saya tahu kedua-dua abang saya dan ibu bapa saya lebih terkehadapan untuk mengenali saya. Saya seorang pendiam???? Itu tafsiran orang yang baru kenali saya.. Kalau dah kenal lama... Sayalah yang paling bising.....
Nurhafizah Azwa bt Abdul Satar. Gabungan nama kedua-dua abang saya melahirkan nama yang indah itu.... (hakhakhak......perasan jap)... Bagi saya, asalkan keluarga saya gembira, itulah kebahagiaan saya....
Kelahiran 'pelik' saya di bumi Perak, membawa kepada proses pembesaran saya, yang juga berlaku di negeri Perak. Selepas zaman persekolahan, barulah saya keluar dari negeri Perak secara total.... (dulu kalau keluar pun sekadar bercuti je)... (eh kejap... kelahiran pelik???? hahahahaha..... )
Ayah saya sering mengingatkan kami "jangan selalu mendongak ke langit, nanti gayat dan kita terjatuh....". Semoga saya tidak selalu mendongak ke langit dan terjatuh...... Emak pula mengingatkan kami " Jangan diambil hak orang yang bukannya hak kita, usaha sendiri dan kita akan rasai nikmatnya!!" Semoga saya tidak merampas hak orang lain......
Akhir kata, saya memperkenalkan diri sebagai salah seorang skuad Quartz!!!!! Nurhafizah Azwa atau lebih dikenali sbg FIZ!!!
Selasa, 1 Jun 2010
Rujukan
Kami masih lagi mencari rujukan untuk kertas kerja kami yang bertajuk Cinta siber antara realiti atau fantasi....Kami tidak dapat mencari rujukan di PTSL dan semasa kami pergi bekalan elektrik terputus dan kami tidak dapat mencari rujukan tersebut...Antara kaedah rujukan kami adalah melalui internet iaitu blogspot dan juga surat khabar online...kami juga membuat borang soal selidik tentang tajuk kami dan kami juga telah mendapat pendapat dari pensyarah kami Puan Rozmel tentang kata kekunci untuk mencari buku..terima kasih Puan atas tunjuk ajar yang diberikan....=)
Pencetusan idea cinta siber
1.0 Tujuan Kajian
2.0 Kenapa aspek ini dipilih ?
3.0 Kaedah Kajian
3.1 Resensi perpustakaan
4.0 Skop kajian
5.0 Hasil kajian
5.1 Pendahuluan
5.2 Pengenalan
5.2.1 Definisi cinta
5.2.2 Definisi siber
5.2.3 Definisi cinta siber
5.3 Faktor-faktor cinta siber berlaku
5.4 Kesan-kesan cinta siber berlaku
5.5 Langkah-langkah pencegahan penipuan cinta siber
6.0 Penutup
7.0 Senarai rujukan
8.0 Lampiran
Pembinaan rangka akan dibincangkan pada perjumpaan Skuad Quartz yang akan datang...Diharap ahli Quartz dapat memberi komen tentang pencetusan idea ini...pembahagian tugas telah dijalankan pada hari Isnin yang lepas...dan pilihan subtopik adalah berdasarkan atas kehendak masing-masing...dengan sifat tolak ansur dan sifat kerjasama diharapkan skuad Quartz terus berusaha unruk menjalankan kertas kerja yang terbaik...
Nur Khairunisa Zahidi =)