Khamis : 17 Ju 2010
Metro Online
KUCHING: Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.
Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.
Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.
Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.
Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.
Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.
“Contohnya, air pasang surut serta siang dan malam ada kaitan dengan dua objek alam ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan