THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 14 Jun 2010

Cerpen : Gerimis Cinta...

Pada petang yang tenang, seorang wanita sedang asyik melihat anaknya bermain sambil menunggu suaminya pulang..masa makin berlalu namun bayang suaminya tetap tidak kelihatan..dalam fikiran wanita itu mungkin saja suaminya banyak kerja..tanpa berlengah si isteri melihat televisyen dan akhirnya terlelap di sofa...suaminya yang baru pulang melihat sahaja isterinya..dengan keadaan yang letih si suami pergi kearah isterinya dan dia tatap wajah itu dalam-dalam...tiba-tiba isteri terkejut dengan satu tubuh sasa melihatnya..

Cepat isterinya bangun dan bertanya pada pada suaminya..."kenapa abang balik lambat?' sambil meluru kearah dapur untuk membuat air untuk suaminya...si suami memanggil isterinya.."tak usah buatkan air, abang dah minum dekat luar tadi..abang ada hal sikit nak cakap.."...si isteri tadi mengambil tempat duduk dihadapannya dan dia pandang tepat pada mata suaminya..."apa dia bang..apa kata abang berehat dulu..mesti letih.."...si suami tadi berkata "abang ada benda penting nak cakap"...

Si isteri tadi menunduk seperti tahu apa yang akan suaminya katakan..si suami tadi menyambung kata-katanya "awak tahu kan saya dah ada orang lain yang boleh bahagiakan saya?..saya tak nak nanti anak kita hidup dalam penipuan ini..sampai bila awak nak kita teruskan hubungan ni?" sambil menghembuskan dengusan kecil.. si isteri hanya menunduk dan berkata " abangg tunggu la sekejap lagi ye...tunggu la sampai anak kita habis peperiksaan SPM dia..saya tak nak dia tahu yang kita akan bercerai..."...suaminya menjawab " awak nak tunggu sampai bila? masuk kali ni da 3 kali saya minta dengan awak...cepat sikit saya dah tak sanggup lagi biarkan kekasih saya tu lari pergi dekat orang lain."...isterinya menjawab " baiklah bang..kalau itu yang abang nak tapi dengan dua syarat..pertama kita bercerai selepas anak kita habis peperiksaan...kedua saya minta abang belikan saya bunga ros dan cium dahi saya sebelum abang pergi kerja"...si suami tadi setuju dengan kedua-dua syarat tersebut...

Keesokan harinya si suami tadi buat perkara yang telah disyaratkan..anak mereka menguntum senyuman apabila melihat ibu bapanya berpelakuan seperti itu...setiap hari suami tadi merasakan sesuatu pada isterinya...sesuatu yang tidak dapat digambarkan...sesuatu yang asyik dan aneh...suaminya mula berjauhan dengan kekasihnya..tiba-tiba kekasih suaminya datang ke pejabat dan bertanya kepada suami itu " you nak kahwin dengan I ke tak nak...I tak kira I nak you ceraikan dia sekarang jugak..I dah cakap dengan parent I yang you nak hantar rombongan merisik minggu depan"..suami tadi pon mula menunduk dan menggunakan sepenuh tenaganya untuk melontarkan suaranya terhadap wanita yang berada dihadapannya " I sayangkan isteri I sangat-sangat...dialah satunya wanita yang berada dalam hati I...I harap you tak cari I lagi lepas ni...maafkan I..."kekasihnya tadi tidak mampu menerima penyataan tersebut lalu memegang tangan lelaki tersebut sambil berkata " sayang, jangan buat I macam ni ok..I sayang dekat you sorang je..kalo you tak nak ceraikan dia tak pe I sanggup bermadu dengan dia"...Lelaki terus menolak tangan wanita itu.." you tak faham..I dah tak nak you lagi..tolong faham..I cuma cintakan isteri dan anak I..maafkan I...jangan cari I lagi"..

Si suami tadi terus melangkah keluar dari pejabatnya dan berlari turun dan mencari keretanya...dia ingin cepat sampai kerumahnya dan ingin memeluk tubuh isterinya sekuat yang mungkin...sebelum itu dia sudah membeli bunga ros seperti biasa..sampai sahaja dirumahnya dia melangkah secepat mungkin untuk mencari isterinya..die lihat isterinya baring di katil..dengan senyuman yang makin melebar dia menghampiri isterinya sambil memegang bunga ros..ingin saja dia rangkul isterinya dalam dakapannya tetapi malang tidak berbau..

Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya dalam keadaan pucat dan juga tidak bernafas dan dia terlihat tangan isterinya mengenggam botol ubat yang tertera ubat kanser paru-paru...ternyata dia hanya mampu menangisi ketiadaan isterinya...tidak pernah dalam hidupnya dia merasa kesal sebegini..harusnya dia menjaga amanat yang diberikan..kekecewaan tiada makna lagi..oleh itu, kita seharusnya menghargai apa yang kita ada dan seharusnya kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT..


Cerpen ini adalah rekaan semata-mata,tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah tiada...

Cerpen ini direka oleh Nur Khairunisa Zahidi

0 ulasan: